LAWATAN PENANDA ARAS INSTITUT TAHFIZ KEMAHIRAAN (INTAKE) JAWAHIR


Hari ini, Institut Tahfiz Kemahiran (INTAKE) Jawahir, Johor telah mengadakan lawatan penanda aras ke Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR). INTAKE Jawahir merupakan Pusat Bertauliah Kemahiran Swasta yang menjalankan program TVET Tahfiz di negeri Johor Darul Takzim.

Delegasi INTAKE Jawahir diketuai oleh Pengasas dan Pengurus Pusat Bertauliah, Tuan Azammuddin Bin Parman, ditemani oleh Ketua Sektor Tahfiz TVET Jawahir – Encik Muhammad Fuad Bin Abdul Ghafar, , Ketua Sektor Akademik – Ustaz Sulaiman bin Abu Hassan, dan Guru bahagian Turath – Ustaz Muhammad Bin Nazlan.

INTAKE JAWAHIR disambut mesra oleh Rektor IKDAR, Dr Muhammad Faizal Bin Tahiruddin beserta kakitangan terlibat: Ketua Pengarah Jabatan IKDAR Business School – Puan Siti Norlina Bt Samad, Ketua Unit SPM, Ustaz Ahmad Ahyad bin Kusyairi dan Pegawai Unit Kemasukan Pelajar, Ustaz Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin.
Diakhir perbincangan, IKDAR dan INTAKE Jawahir menandatangani Letter of Intent dalam kerjasama Akademik dan Kerjasama Perkhidmatan Komuniti. Dokumen tersebut telah ditandatangani oleh Rektor IKDAR dengan Ketua Sektor Tahfiz TVET Jawahir.

Semoga perbincangan dan kerjasama antara IKDAR dan INTAKE Jawahir dapat memberikan impak dan manfaat kepada masyarakat tahfiz khususnya pendidikan Tahfiz di Negeri Johor.

Berazam Melahirkan Hufaz Profesional